Followers

Thursday, May 17, 2012

Its All About "ACTUARY"

Assalamualaikum n good day all...today i want to share to all of you what is "ACTUARY"....i think most of you don't know what is ACTUARY right...so if you are interesting to know please just read for a while...just take only 3 to 4 minutes..

Why do you want actuarial???....it have almost 10 reasons such are
  1. variety work to do
  2. influential role
  3. rewards
  4. recession professional job & hence security
  5. intellectual satisfaction
  6. international opportunities
  7. high standards of works services (quality)
  8. a good life balance
  9. challenging
  10. Glamorous
What Does an Actuary Do???
  1. Actuaries apply financial & statistical theories to solve real business problems
  2. use their skills in maths & statistics to create theoretical models of the worlds around them
  3. understanding how business operate and law legislation affects them (vital)
  4. but what really sets actuaries apart is their natural maths need & statistic awareness and their ability to apply this to real situations in the financial world.
  5. the ability to communicate these difficult
  6. topics to non-specialists is also very important
  7. actuaries skills are utilised in the following disciplines 
    • Life insurance
    • pension
    • takaful
where do most actuaries work???
  1. PRIVATE SECTOR
    • life insurance company
    • actuarial department
    • takaful
    • general insurance
    • investment
    • bank
    • audit firm
    • SOCSO
  2. PUBLIC SECTOR
    • Bank Negara Malaysia (BNM)
What does it take to be an actuary
  1. Determination
  2. Analytical
  3. Patient
  4. Disciplined
  5. Consistent
  6. Communicate well
  7. Business
  8. Savvy
  9. Prudent (making assumption about estimate the cost)
Step to become an actuary
  1. Get A in mathematics, additional mathematics, economics, accounting and English
  2. Take few SOA external examinations while complete degree (at least 5 papers)
  3. Complete and good degree
  4. Final trainee position
  5. Register as an actuarial student (UK) and gain qualification by passing the examination.
  6. Enjoy a job anywhere in the world and enjoy life (keep it up)
Stage become a fellow actuary
  1. Student Association Fellow
  2. Take the professionally examination paper (from US System)
    • Paper P (Probability)
    • Paper FM ( Financial Mathematics)
    • Paper MFE (Financial Economics Segment)
    • Paper MLC (Life Contingencies Segment)
    • Paper C ( Construction & Evaluation of Actuarial Models)
  3. Actuary
JUST ENJOY WITH THIS VIDEO


~~~~~tQ for ReaDing~~~~~~

Sunday, April 22, 2012

YA ALLAH KEMBALIKAN KEKUATAN DAN SEMANGATKU INI


Assalamualaikum...Terdetik kembali hati untuk meluahkan sesuatu di halaman blog yang tak seberapa nie...Lama sudah tak aktif sebab masa tak mengizinkan...kebetulan cuti mid sem pun dah mula bolehla ringankan tangan ni sikit untuk update apa yang patut...Malas nak bebel panjang-panjang...Sekarang just nak straight to the point...

Aku tak tahu kenapa kehidupan aku untuk semester ini tiada sinar seperti semester-semester yang lepas...segala kekuatan dan semangat hilang...Hilang hingga susah untuk diri ini menggapainya kembali...Jadual study aku sudah menjadi tunggang langgang...Apa yang aku studykan pun aku tak tahulah...Rasa nak nangis sebab aku tahu bila sesuatu yang terjadi seperti ini mungkin akan sukar untuk aku meraih kejayaan kelak...Setiap minggu tidak lengkap sekiranya muka ni tak berkerut menahan ke"stress"an yang aku sendiri tidak tahu bila penghujungnya...

Ya ALLAH aku mahukan semangat kentalku yang dahulu...Kuat terima apa jua cabaran mahupun dugaan yang ENGKAU berikan untuk diri ini capai kejayaan yang diinginkan...Jangan ENGKAU lemahkan diri ini Ya TUHAN...Aku mahu aku yang dahulu...Tidak mudah "stress" dan putus asa dengan apa yang diutuskan...Ya ALLAH aku ingin berjaya atas keredhaanMU...Bagilah kesempatan untuk diri ini meraihnya kerana diriMU Ya ALLAH...Jangan ENGKAU biarkan hambaMU ini kecundang dalam meraih kecemerlangan yang abadi...

Ya ALLAH aku inigkan diriMU di dunia dan akhirat dan lindungilah hambaMu serta bantulah HambaMu ini untuk terus berjuangan mencari ilmuMu yang hakiki...Semoga ENGKAU bantu hambaMU ini Ya TUHAN...Aku memerlukan perlindungan yang kekal abadi daripadaMU Ya Tuhan...Semoga ENGKAU berikan segala yang terbaik untuk diri ini dan kembalikan segala semangat juang yang ada pada diri ini...AMIN AMIN YA RABBAL AL-AMIN.........

Thursday, February 16, 2012

Hati Membuak-Buak

Assalamualaikum...."HATI MEMBUAK-BUAK"....Hmmm tertanya tanya tak korang apa yang membuatkan hati aku membuak dan korang rasa membuak tak nak tahu...Bunyi macam gempak jekan...padaheeeeeeeeee!!...huhuhu...^__^...Ceternyer berbunyi begini...Pada suatu hari adalah seorang budak pompuan nih...Eh budak pompuan ke ish ish ish macam tak sesuai pulak...Ok ok kita tukar ke pada perempuan muda remaja...Dak remaja ni umornya dah pun masuk ke alam 20-an...Nama gelarannya tersangatlah banyak...Sampaikan nama nama yang dipanggil ade khasnya untuk orang orang yang tertentu...Korang nak tahu ke nama glamoooooooorrrrr remaja ni...Hmmm tak perlulah kot...malulah pulak nanti tuannya...Ececehhh sapa agaknya yang aku tengah ceterrr nikan..huhuhu....pape pun stop sampai sini dan aku perlu fokus kepada apa yang sepatutnya....

Actually "HATI MEMBUAK BUAK" nih adalah kepada perkara yang teramat sangat sangat dan sangatlah digemari oleh si polan binti si pondan nih...Pompuan remaja nih dari dulu lagi sesuka sangat nak buat macam macam....i mean remaja nih suka je nak try sesuatu yang baru terutamanya bab buat kuih muih + kek makek...Dulunya masa sekolah remaja nih nak lah sangat berkecimpong dalam dunia bakery tapi remaja nih takut sebab takot gemookkkkk...mana taknya dulu remaja nih gemoookkkk kot dan remaja nih pikirrr kalo die teruskan niatnya alamatnya bertambah tong deramlah rupa parasnya...hahaha...Disebabkan takot gemookkk dan berat bertambah tambah,,,beliau sanggup lepaskan minat yang beliau impikan...Tapi takpe,,,walaupun beliau terlepas akan impiannya yang mahu belajar lebih mendalam pasai ilmu bab masak kuih muih plus kek makek nih,,,beliau masih berkesempatan untuk pelajarinya dengan hanya rajin search segala macam resepi yang diinginkan...Tak ke gitu komeeee oiiii...ilmukan boleh cari kat mana mana sahaja janji minat..kan kan kan...^__^

Ok apa yang membuakkan hati beliau tatkala nih adalah untuk mencuba membuat oreo cheese cake yang entah berapa bulan sudah tertangguh untuk membuatnya...Bukanya apa beliau kata payah bebeno nak gerakkan kaki nih melangkah untuk membeli bahan bahan yang dikehendaki...terutamanya nak mencari krim cheese....al maklumla cheese ni kan banyak beno jenisnye kang tak dapat apa yang macam resepi tak jadi pulak...tak ke hampa...udah ler maheii bebeno kosnya plus pulak leceh dan sikit je dapat...tapi takpe takpe disebabkan minat yang mendalam akan beliau try juga sedaya upaya untuk membuatnya...



Selain daripada itu beliau nih jugak teringin sangat nak buat apam polkadot...menarik lagi comel gitu bila melihat hasilnya tatkala sudah siap...rasa sayang untuk dimakan dan berniat nak buat perhiasan aje...apodah beliau nih kan...keinginan tinggi untuk melakukan sesuatu tuh ade tapi sayang pulak untuk dimakan...haiya....selain apam polkadot beliau nih teringin gak nak buat corak ladybird...menarik bukan jika kuih yang dimasak menarik rupa parasnya....

  


Banyak lagi sebenarnya yang remaja nih ingin lakukan...nak buat kek lapis oreo lah,,,puding roti lah,,,tat telur lah,,,dan macam macam lagilah...kang kalo senaraikan panjang pula celotehnya bukan...^__^....Disebabkan beliau nih mempunyai semangat yang tinggi hope suatu hari nanti tercapailah segala macam impian yang ingin dilakukan ok...Cik mushi smile dokan beliau berjaya suatu hari nanti...Tapikan cik mushi ade sikit banggalah dengan beliau nih sebab suka ingin cuba sesuatu yang baru...Semoga berjaya kelak yeee wahai remaja...






Ok sesampai sini ajelah entry untuk hari ini ok...Semoga akan ade lagi ceter ceter yang menarik lagi tak tertarik dari aku buat korang semua ok..hahaha...@__@...ops lupa pulak picture picture kat atas tuh aku just amik dari google eje ok...hasil tangan dari remaja berkenaan tidak terhasil lagi...hehehe...bubye dan assalamualaikum...

Wednesday, February 15, 2012

Kini Kembali

Assalamualaikum Salam Pembuka bicara.... Hai Hai Semua



Kini blog "Dari Kotak Fikiranku" beraktif kembali untuk para para pembaca sekalian (cewah^__^...Sudah hampir dua bulan rasanya tidak membelai blog yang tah pape ni kerana kerana buzyyyy studyla kononnya plus pulak dengan ketiadaan cerita yang mahu dikongsi a.k.a. aku malas sebenarnya...Banyak lak songehnye ko nikan...Haiyooooo....Ok ok straight to the point...Walupun kini cuti semester hanya tinggal dalam lebih kurang 2 minggu setengah terdetik pulak rasa hati untuk mencoret apa yang terlintas di kotak fikiran aku ni...Cuti cuti cuti yang sebenarnya tidakku rasakan cuti...Keje tang sana kene buatlah,,,keje tang sini kne buatlah dan keje tang situ pun kene buat jugak...Tengok tengok tengok adakah aku cuti kalo semua keje kene buat...adedeeehhhhh.....upsss,,,jangan sesekali engkau mengomel wahai mushi smile bukankah segalanya telah ditetapkan...^__^

Banyak yang nak dikongsikan sebenarnya tapi segan pulak aku nak mencoret kat sini...Apodah kau ni mushi smile...Kalo nak share just share jangan nak ngomel yang bukan bukan ok...huhuhu...Alamakkan dah kene marah...hehehe...Ok disebabkan sudah sekian lama aku menyepi hope dengan kembali hidupnya blog aku yang single nih boleh gaklah aku share apa apa yang patut sepanjang cuti aku bermula ok...Kalo korang nak baca just baca,,,kalo korang bosan just leave to read my entry ok...Ada aku kisah kalo korang tak suka dengan cara penulisan aku??...Ada aku kisah ke??...

Ok ok malas sudah nak bermain dengan perasaan sendiri...terlebih pulak akukan...Padahal tak ada sapa sapa pun heran dengan apa yang aku cuba sampaikan...takpe takpe...huhuhu...Hmmm sekarang bermulah ceter yang ingin aku sharekan...Aku sebagai student di UiTM dapat cuti hanya sebulan dua minggu kira lama gaklah tu berbanding dengan Universiti Universiti lain...Baguskan UiTM nih sangat sayang akan student studentnya sampai beri cuti yang agak lama untuk rest sepuas puasnya...Tapi adakah aku puas...(Tertanya tanya buat seketika...(@___@) )...Aku start cuti pada 20 Januari di mana time tu benar benar aku telah berada di rumah...cewah ayat nak skema jekan ko nih...

Seminggu di awal percutian aku hanya duduk rumah semata mata tanpa keluar pergi mana mana pun...tapi time duduk rumah tulah aku teramatla rasa sangat rajin untuk memasak...keje aku seminggu tuh asyik melayan internet je...tak dok keje lain dah...nilah die budak budak zaman IT kan...Internet internet internet...Disebabkan terlalu tinggi keinginan untuk memasak, aku ni pun terrajinlah untuk search sana search sini untuk cari resepi...Keinginan aku kali nih agak pelik sikit sebab ntah kenapa suka sangat sangat nak buat kuih...so search punya search jumpalah aku 1 resepi kuah ni...iaitu kuih APAM GULA HANGUS....Disebabkan bahan-bahannya tersangatlah mudah dan kesemuanya ada di rumah so keinginan aku untuk masak kuih pun terlaksana sudah...Tak sangka weh aku mampu untuk masak kuih dengan seorang diri...Nampak sangat sebenarnya aku nih sudah dewasakan...hahaha bangga + perasaan...

Next to the second n third weeks,,,aku tetiba pulak dipanggil untuk join kelas di shah alam...mengada ngada betulkan curi masa aku tengah syok bercuti...hahaha actually aku yang rela hati nak join tetiba aku pulak yang nak marah...ko ni memangla mushi smile...hohoho...Kelas yang aku join ni start dari pukul 9.am until 5.pm...Tapi edok ler sedirect itu kelasnya adeler breaknye...Tapikan disebabkan aku berulang alik dari rumah ke shah alam,,,the first week class tuh aku dan kawan kawan aku hari hari terlambat...bukan sengaja tahu...ni semua gara gara train yang suka delay je dan slow macam ulat bulu....sian kat aku seawal 6.30 a.m aku dah keluar rumah tuptup sampai sana still late iaitu pukul 9.30 a.m. kalo bawak kete confirm confirm dah boleh samapi johor dah...Nasib baik the second week class aku sampai awal...Rasa agak bangga sebab bebudak lain ramai lagi yang tidak hadir...Hmmm tulah rutin aku sepanjang two weeks untuk menimba ilmu...

Ok buat yang terakhirnya di mana sekarang ni cuti aku dah hampir kepenghujungnya...La nih aku hanya sibuk membuzzyyyyyykan diri dengan menbaca blog blog orang yang aku sangat suka cara penulisannya....Walaupun aku tak sehebat dorang but i will try to improve my self to write the best in my entry...Doakan aku berjaya macam korang korang gak...hehehe...Hmmm selain daripada aku dok baca entry orang,,,aku gak suka main game kat facebook tapi agak bosan bila mana menunggu loading yang terlampau lama sampaikan aku fedup untuk teruskan permainanku...huhuhu...Aleh aleh bila da fedup datang mulalah jari jemari ini pergi ke blog blog yang mempunya segala macam resepi kuih muih...Ya Allah sangat teruja rasanya bila melihat kepandaian mereka mereka dalam membuat kuih muih dan kek kek yang sodap...Nak tahu kat mana nak dapatkan resepi kuih muih dan kek yang menarik sila lah klik kat sini ye...http://selerasakura.blogspot.com/ dan ini http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

Ok sekian sudah buat entry kali ini...see u again ...=) 

Friday, December 23, 2011

Hilang Segala Tekanan



Assalamualaikum
Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Illahi
Diberi juga kesempatan untuk mengupdate blog 
yang sudah hampir sebulan tidak dibelai ini

Hari yang dinanti telah pun berakhir dengan cepatnya
Semerster 1 diperingkat degree ini sudah pun hampir tamat
segala kelas sudah pun berakhir
Segala tekanan tekanan sudah pun hilang

Aku rasa sangat happy seketika
Walaupun final blom bermula
Tapi ini semua memberi aku kesempatan untuk berehat seketika
Syukur alhamdulillah

Tak Sabar rasanya nak p holiday ngn family tersayang
hope sepanjang percutian make me happy n happy
Oklah,,memandangkan mata da berat
sampai sini jela entry buat kali ni

See u for the next entry k
Dadaaaa
Wassalam ^__^

Thursday, November 17, 2011

~~Jika aku~~

Bismillahirrahmanirrahim...




Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang 
yang melabuhkan cintanya 
padaMu, agar bertambah
kekuatan untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut  
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak
berpaling daripada
hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku
rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang 
merindui syahid di
jalanMu.

Ya Allah jika aku menikmati
cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaMu.
Amin...

Doaku, moga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat...berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran...yang sememangnya menguji kekuatan iman...kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...

Semoga Cinta yang dicari telah ditemui...
semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya...
InsyaAllah...





Saturday, November 12, 2011

Berjaya @ Sebaliknya

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia (n_n)



Pagi yang cukup indah ditemani cuaca yang sangat mendung dan rintik rintik hujan yang sangat mendamaikan...SubhanaAllah indahnya ciptaan Tuhan...Di dalam keheningan pagi yang indah ini terdetik rasa hati untuk menulis entry yang berikutnya untuk bacaan anda semua...(cewah ayat macam penuh berdiplomasi sahaja)...hehehe

Hidup di atas muka bumi Tuhan ini telah banyak mengajar aku erti kematangan diri...Kini umurku telah pun mencecah 21 tahun...(wa sudah masuk alam 20-an gitu)...Tapi sebagai hambanya belum cukup lagi amalan amalan yang diutuskan olehnya aku lakukan...Terlalu banyak yang harus aku ubah untuk mendapatkan keredhaan daripada-Nya di dalam bumi yang Indah ini...

Bila umur dah meningkat remaja dan perjuangan menuntut ilmu pun sudah hampir terlaksana,,,terdetik rasa hati mampukah diri ini untuk membalas semua jasa pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingku...Sungguh tidak diduga perjalanan untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik adalah sangat sukar dan penuh onak duri dan liku liku yang mencabar...

Aku ingin berjaya bukan sebaliknya...tapi bagaimana aku ingin berjaya itu persoalannya...Walaupun kini aku sudah berjaya memasuki universiti tetapi ini belum cukup lagi untuk aku katakan yang aku telah berjaya...selama mana kita hidup,,,selama itulah perjuangan yang harus kita tempohi..

Saat demi saat,,,minit demi minit,,,jam demi jam,,,waktu demi waktu dan hari demi hari berjalan dengan begitu pantas sekali...setiap kali memikirkan,,,diri ini begitu takut...takut jikalau tidak dapat melaksanakan apa yang dihajati dan digenggam di hati sanubari...

Aku berharap untuk berjaya dalam hidup aku mampu berusaha dengan lebih tekun gigih dan sebaiknya tanpa meninggalkan suruhan yang telah diutuskan oleh Tuhan yang Maha segalanya...Semoga apa yang aku laksanakan mendapat keredhaan dariMu ya Tuhan...

Ya Tuhanku,,,sesungguhnya Engkau telah aturkan hidupku ini...segala jatuh bangun yang Engkau berikan hanya yang terbaik buat diri ini...jika aku jatuh di saat aku memerlukan pasti ada yang terbaik sebenarnya yang telah Engkau tetapkan untuk masa akan datang...

Sebagai hambanya aku ingin menjadi yang terbaik...terbaik dari semua segi...semoga Engkau lindungi diri ini daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini...Ya Tuhanku,,,Engkau ubahlah diri ini agar aku rajin untuk lebih mendekatkan diri padaMu agar aku boleh mencapai segala kejayaan dengan mendapat keredhaan dariMu ya Tuhan...



Amin amin ya Rabbal'alamin....